Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9 : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

MATLAMAT

Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar

OBJEKTIF:
  1. Menggalakan pelajar aktif berfikir dan memberikan idea-idea yang bernas berdasarkan penerokaan mereka

  2. Menggalakan pembelajaran secara "think pair share"

  3. Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar dalam proses P&P
BENTUK SOALAN KAJIAN

Bagaimana proses mini kajian tindakan ini dijalankan.
  1. Kenalpasti masalah yang ditemui dalam pengajaran makroteaching yang dijalankan.
  2. kemudian kemukakan teknik atau kaedah yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah yang tersebut.
  3. aplikasikan penyelesaian yang ditemui untuk atasi masalah tersebut
  4. lakuakan refleksi atau penilaian terhadap apa yang telah dilakukan.
  5. proses ini akan berterusan sehingga penyelesaian terbaik ditemui untuk mengtasi masalah yang timbul.
ADAKAH..(PENILAIAN PROSES/PRODUK)

AKTIVITI 8 :TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Huraian dan cadangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.

i) Cadangan secara individu

Guru perlu lebih banyak menjalankan aktiviti pengajaran dengan memberi lebih peluang kepada pelajar untuk kembangkan idea mereka dan menerima idea pelajar yang bernas.
maksudnya di sini apabila guru membuat pengajaran secara inkuiri guru memberi peluang kepada pelajar untuk kembangkan idea mereka sendiri dengan mengalakan pelajar explore sesuatu perkara itu tanpa hanya mengikut idea yang dikemukakan oleh guru sahaja. walaupun mungkin apa yang akan disampaikan oleh pelajar itu tidak semuanya benar sekurang-kurangnya mereka akan belajar dari kesilapan. kebiasaanya pembelajaran dengan cara ini adalah lebih berkesan dan akan diingati oleh pelajar sampai bila-bila.


ii) Cadangan secara berpasukan

Guru perlu pelbagaikan teknik mengajar kepada pelajar dan lebihkan pengajaran secara 2 hala yang mana ada interaksi antara guru dan pelajar serta pelajar dengan rakan sebaya yang lain. lebih tekankan pembelajaran secara penerokaan supaya pelajar lebih aktif dalam kelas serta secara tidak langsung guru dapat mencungkil potensi-potensi pelajar yang kadangkala mereka sendiri tidak katahui.


iii) Cadangan dari kumpulan lain

iv) Literature review

AKTIVITI 7 : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

i)Kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan pengalaman/refleksi individu :

  • guru kurang menggalakkan pelajar kembangkan idea mereka, sebaliknya guru lebih tertumpu pengajaran kepada menyalin nota dan membaca apa yang telah sedia ada dalam buku teks. yang mana pembelajaran lebih banyak kepada teacher centred. ini menyebabkan pelajar lebih banyak menghafal dari memahami apa yang diajar oleh guru. (perdagangan).
  • dalam subjek sains pula guru juga banyak menerangkan apa yang telah sedia ada dalam buku teks dan membuat latihan kurang aktivtiti ujikaji dan inquiri yang dijalankan. yang mana pembelajaran hanya berlaku dalam bilik darjah sahaja. makmal kurang digunakan untuk pengajaran subjek ini
  • subjek BM pula kelemahan pengajarannya ialah guru banyak meminta pelajar membaca dan menyalin nota serta membuat latihan-latihan karangan. kurang aktiviti 2 hala antara guru dan pelajar.

ii) Kelemahan pengajaran subjek berdasarkan pengalaman/refleksi kumpulan:

  • kebanyakan subjek-subjek ini lebih menekankan teacher centred yang mana pelajar hanya terima bulat-bulat apa yang diberi oleh guru dan menghafal apa yang diberi oleh guru tersebut apabila peperiksaan. pelajar hanya hafal tanpa memahami kandungan sebenar pengajaran subjek berkenaa.

iii) Kelemahan pengajaran subjek berdasrkan pengalaman/refleksi kumpulan lain

  • guru terlalu bergantung kepada silibus yang ada, yang mana guru-guru hanya lebih banyak mengajar secara sehala tanpa ada aktiviti bersama murid untuk memastikan silibus dapat dihabiskan. kerana kebanyakan guru mengajar adalah berorentasikan peperiksaan, disebabkan kekangan masa yang ada guru-guru lebih banyak memberikan nota secara bulat-bulat kepada pelajar tanpa cuba untuk explore minda pelajar mereka.

AKTIVITI 6 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

kekuatan pengajaran subjek perdagangan/kemahiran hidup/bahasa melayu dan sains

i) Pengalaman secara individu :

berdasarkan pengalaman saya kekuatan subjek ini apabila guru memberikan tugasan secara kumpulan dan bentang tugasan yang diberikan tersebut di hadapan kelas. yang mana pelajar bersama-sama membincangkan tugasan yang diberi serta membina keyakinan dalam diri untuk membentang dihadapan kelas. selain itu ujikaji juga adalah kekuatan pengajaran subjek sains , kerana saya dapat melakukan sendiri dan lihat kesan yang terhasil dari ujikaji yang dilakukan tersebut.

ii) pengalaman secara pasukan:

Melalui kaedah perbincangan dan penyelidikan ini, guru dapat menjalankan pengajaran secara dua hala. Ini bermaksud tidak hanya guru memberi maklumat tetapi terdapat juga maklumat dan pendapat daripada pelajar.Ini dapat mengembangkan minda dan informasi atau kosa kata baru kepada pelajar khususnya dan kepada guru amnya.

iii) pengalaman kumpulan lain

kekuatan pengajaran guru pada masa kini ialah pembelajaran secara student centred yang mana guru tidak lagi hanya mengajar berpandukan buku teks serta menulis nota semata-mata di dalam kelas, sebalinya guru perlu kreatif dan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang membolehkan pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas serta adanya intraksi dua hala antara guru dan pelajar

iv) literatur review-buku dan jurnal

jurnal : Student-Centered Teaching Meets New Media: Concept and Case Study
penulis: Andreas Holzinger
Graz University Hospital, Institute for Medical Informatics, Statistics, and Documentation (IMI)
Engelgasse 13/1, A-8010 Graz, Austria.

Dalam jurnal ini bukti secara empirik menunjukan bahawa pelajar yang yang diberi kebebasan (explore) dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan dan sokongan dari guru bukan sahaja mencapai keputusan yang baik dalam akademik, malah meraka dapat membina sosial serta peribadi diri mereka. Dan dikatakan juga pengajaran secara student centred ini memerlukan gabungan komunikasi, organisasi dan bahan bantu dalam pengajaran. ini jelas menunjukan untuk mencapai pembelajaran secara student centred guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dalam bilik darjah yang meliputi aspek komunikasi dan juga bahan bantu mengajar yang digunakan.

AKTIVITI 4 : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk Mini Kajian Tindakan
pengajaran menggunakan kaedah inkuiri berdasarkan bahan maujud.

2. Sample kajian:

i- Pelajar Bahasa Melayu dalam kelas pendidikan Khas

ii-Pelajar sains dari kelas masalah pendengaran

iii-Pelajar kemahiran hidup/perdagangan dalam kelas aliran perdana


3. Setting kajian

kajian ini akan dilakukan di dalam bilik darjah



Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 1: TUGASAN 1 ULASAN BUKU


TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH IN HIGHER EDUCATION
AUTHOR: ORTRUN ZUBER-SKERRITT.

Apa itu kajian tindakan ?


Menurut buku ini kajian tindakan boleh disimpukan berdasarkan perkataan akronim CRAPS (critical, reflective, accountable. self-evaluating dan participative). yang mana pengkaji/pensyarah mengenal pasti masalah terlebih dahulu berdasarkan refleksi yang dilakukan dalam proses pengajaran yang dijalankan, kemudian pengkaji ini sendiri akan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang ditemui dan mempraktikkan apa yang telah ditemui tersebut untuk meningkatkan lagi pengajaran mereka. di sini pesyarah akan sentiasa melakukan refleksi terhadap pengajaran yang dilakukan untuk melakukan penambahbaikan terhadap masalah yang ditemui. secara ringkasnya buku ini menyatakan bahawa kajian tindakan ialah menyediakan penyelesaian yang praktikal terhadap masalah yang ditemui.

kenyataan dalam buku ini turut disokong oleh buku yang ditulis oleh Lin. S . Norten yang bertajuk : Action research in teaching & learning : a practical guide to conducting pedagogical research in university.

menurut buku ini,kajian tindakan merupakan self reflective yang dilakukan dalam situasi sosial untuk meningkatkan kewajaran dan keadilan mereka sendiri, pemahaman dan situasi dimana amalan itu dilakukan(carr & kemmis 1986)

Defenisi ini jelas menujukan bahawa kajian tindakan itu dilakukan dengan melakukan refleksi terlebih dahulu terhadap pengajaran yang telah dijalankan, kenal pasti masalah yang perlu diperbaiki, kemudian mencari penyelesaian dan mempraktikan cara yang ditemui itu untuk menambahbaik serta meningkatkan lagi mutu pengajaran mereka.




Ulasan Buku
View more presentations from ashieyda.









MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
  1. Model kemmis & McTaggart 1988
  2. Model Elliott
  3. Model Somekh 1989
  4. Model Ebbutt 1985
  5. Model Mckennan 1994
  6. Model Stringer 2004
Model Kemmiss & McTaggart

Medel Elliott



Model Ebbutt

Model Mckennan


Model Stringer



BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DIJALANKAN
  1. Mengenalpasti masalah dalam kokurikulum
  2. Mencari strategi penyelesaian bagi masalah yang ditemui
  3. Melakasanakan strategi penyelasaian yang ditemui
  4. Menilai strategi yang telah digunakan
  5. Membuat refleksi keputusan secara kumpulan
  6. Membuat kesimpulan/ ada masalah baru yang ditemui
  7. Jika ada masalah baru yang ditemui ulang semula step awal kajian ini, sehingga pengkaji berpuas hati dengan peningkatan yang diperolehi
  8. Membuat laporan dapatan yang mereka temui, laporan dalaman ke jawatankuasa program sekolah (School of Modern Asian Studies) kemudian jawatankuasa tersebut akan berbincang dan membuat keputusan sama akan ulang semual proses kajian yang dijalankan ataupun jika terjamin strategi atau ditulis sebagai kertas penyelidikan pertamanya akan dibentang dan dibincangkan dalam konferens dan kemudian disemak dan disumit sebagai jurnal untuk pengajian tinggi.
Atau dengan kata lainya pensyarah di Universiti ini akan mengikuti proseder kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis yang mana meliputi proses perancangan, tindakan, penilaian dan juga refleksi.

BAGAIMANA DATA DIANALISIS

Dalam buku ini kajian dibuat adalah kepada pelajar yang ingin membuat reseach dan juga penulisan ilmiah yang mana pensyarahnya cuba untuk mempertingkatkan kajian dan penulisan ilmiah pelajarnya dengan melakukan kajian tindakan.

Pengumpulan data untuk kajian ini adalah daripada bengkel yang dibuat oleh pensyarah tersebut, yang mana dalam bengkel ini pelbagai masalah tentang penulisan dan kajian serta cara membuat kajian dan penulisan ilmiah yang sebenarnya didedahkan kepada pelajar. yang mana data di kumpul berdasarkan
  1. Open-ended questioner kepada pelajarnya berkenaan bengkel tersebut
  2. temubual tidak berstruktur kepada pelajarnya selepas bengkel tersebut
  3. rakaman video.
Pensyarah menganalis data yang telah dikumpul ini berdasarkan tindakbalas pelajar terhadap bengkel yang dijalankan. yang mana data-data tersebut terlebih dahulu akan:
  1. Disemak, dibaca dan mendengar data-data yang dikumpul itu
  2. susunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan dan mengenalpasti data
  3. meneroka perhubungan antara data-data yang diperolehi
  4. membuat kesimpulan terhadap data yang diperolehi
  5. menulis laporan akhir berkenaan kajia yang dijalankan.
Analisis dari pengumpulan data yang diperolehi ini didapati bengkel ini berjaya memotivasikan serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar untuk membuat penulisan ilmiah dan juga kajian, yang mana tindak balas yang diperolehi dari pelajar juga mereka menyatakan bahawa program ini perlu diteruskan kepada pelajar-pelajar baru akan datang.

Kekuatan cara penganalisian data
  1. Data dikumpul dan diperolehi dari pihak yang terlibat dalam bengkel itu sendiri
  2. Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data kajian
  3. Pengkaji sendiri yang terlibat secara langsung dalam mengumpul, menganalisis dan penilaian dari data yang diperolehi.
Kelemahan
  1. pengkaji hanya bergantung kepada bengkel tersebut sahaja.





Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : TUGASAN 2 ULASAN JURNAL

ULASAN JURNAL 1

Tajuk Jurnal : Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

  • Kajian Tindakan : strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan skill/teknik dalam menguruskan pembelajaran secara kumpulan.
  • Masalah yang dijalankan kajian: 1) proses pembentukan kumpulan 2) Tanggapan dari rakan sekumpulan 3) penyelarasan aktiviti tugasan antara kumpulan
  • Sample kajian : 2 kumpulan pelajar dari bidang pengurusan ( kumpulan 1: 196 pelajar) dan (kumpulan 2 : 114 pelajar)
  • Setting kajian : Universiti
  • Pengumpulan data :pengumplan data dibuat dalam tempoh 16 minggu dari awal hingga akhir semester, untuk mengetahui apa kekuatan dan kelemahan pelajar yang dibawa dalam kumpulan dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kerja secara kumpulan pengumpulan data adalah secara soal selidik melalui solalan-soalan berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kumpulan.
  • Paparan kajian: dalam bentuk Jadual.

ULASAN JURNAL 2

Tajuk Jurnal : A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting A blind Student.

  • Kajian Tindakan :Projek menginklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam ke kelas pelajar tipical dengan menggunakan co-teaching sheme, yang mana tujuanya adalah untuk memberikan inklusif yang terbaik kepada pelajar cacat penglihatan melibatkan diri dalam aktiviti di kelas seperti pelajar tipical yang lain. untuk melaksanakan kajian tindakan ini 2 orang guru bekerjasama dalam memberikan pengajaran kepada Nafeli (sample). yang mana seorang guru mengajar dihadapan kelas dan seorang lagi guru yang pakar dalam braile akan duduk disebelah nafeli untuk membantunya, dan guru ini juga akan menyediakan bahan bantu mengajar yang khusus untuk Nafeli bagi membolehkanya menjalani p&p guru seperti biasa serta dapat melakukan tugasan-tugsan yang ada dalam buku teks.
  • Masalah yang dijalankan kajian: inklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam kelas pelajar tipical yang lain dengan mengikuti sesi p&p yang sama dengan pelajar lain.
  • Sample kajian: melibatkan seorang pelajar yang bernama Nafeli berumur 12 tahun 8 bulan.
  • Setting kajian: di sekolah
  • Pengumpulan Data: pengumpulan data adalah selama 6 bulan yang mana data dikumpul melalui interview yang dilakukan ke atas guru besar, guru kelas, guru yang membantu dalam kelas dan nafeli sendiri. data juga turut dikumpul melalui pemerhatian.
  • Model: kajian ini menggunakan model Kemmis & McTaggart yang mana ia melibatkan fasa perancangan dan pemerhatian, fasa refleksi dan replaning semula serta fasa perbincangan untuk mendapatkan keputusan dan membuat penilaian.
ULASAN JURNAL 3