i) Pengalaman secara individu :
berdasarkan pengalaman saya kekuatan subjek ini apabila guru memberikan tugasan secara kumpulan dan bentang tugasan yang diberikan tersebut di hadapan kelas. yang mana pelajar bersama-sama membincangkan tugasan yang diberi serta membina keyakinan dalam diri untuk membentang dihadapan kelas. selain itu ujikaji juga adalah kekuatan pengajaran subjek sains , kerana saya dapat melakukan sendiri dan lihat kesan yang terhasil dari ujikaji yang dilakukan tersebut.
ii) pengalaman secara pasukan:
Melalui kaedah perbincangan dan penyelidikan ini, guru dapat menjalankan pengajaran secara dua hala. Ini bermaksud tidak hanya guru memberi maklumat tetapi terdapat juga maklumat dan pendapat daripada pelajar.Ini dapat mengembangkan minda dan informasi atau kosa kata baru kepada pelajar khususnya dan kepada guru amnya.
iii) pengalaman kumpulan lain
kekuatan pengajaran guru pada masa kini ialah pembelajaran secara student centred yang mana guru tidak lagi hanya mengajar berpandukan buku teks serta menulis nota semata-mata di dalam kelas, sebalinya guru perlu kreatif dan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang membolehkan pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas serta adanya intraksi dua hala antara guru dan pelajar
iv) literatur review-buku dan jurnal
jurnal : Student-Centered Teaching Meets New Media: Concept and Case Study
penulis: Andreas Holzinger
Graz University Hospital, Institute for Medical Informatics, Statistics, and Documentation (IMI)
Engelgasse 13/1, A-8010 Graz, Austria.
Dalam jurnal ini bukti secara empirik menunjukan bahawa pelajar yang yang diberi kebebasan (explore) dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan dan sokongan dari guru bukan sahaja mencapai keputusan yang baik dalam akademik, malah meraka dapat membina sosial serta peribadi diri mereka. Dan dikatakan juga pengajaran secara student centred ini memerlukan gabungan komunikasi, organisasi dan bahan bantu dalam pengajaran. ini jelas menunjukan untuk mencapai pembelajaran secara student centred guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dalam bilik darjah yang meliputi aspek komunikasi dan juga bahan bantu mengajar yang digunakan.
No comments:
Post a Comment