Thursday, May 20, 2010

REFLEKSI 10 BULAN PROGRAM DPLI UKM

REFLEKSI DARI ASPEK KURIKULUM:

Pembelajaran subjek-subjek seperti psikologi pendidikan, falsafah, kaedah mengajar , kajian tindakan,pengurusan kokurikulum dan lain-lain lagi sememangnya ilmu asas yang penting sebagai seorang guru baru, yang mana ianya dapat menjadi rujukan asas oleh guru untuk diaplikasikan dalam dunia sebenar seorang guru. walaupun pembelajaran ilmu-ilmu tersebut adalah secara terpisah-pisah namun ianya adalah amat berkaitan dan saling bergantungan antara satu sama lain,yang mana guru perlu menjadi seorang yang bijak dalam mengintegrasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari. salah satu pengintegrasian ilmu dalam subjek yang telah dipelajari ialah dalam membuat kajian tindakan, yang mana di sini guru-guru perlu integrasikan ilmu dari subjek ICT, Kaedah mengajar, Psikologi pendidikan dan subjek kaedah mengajar itu sendiri untuk menghasilkan satu kajian tindakan yang baik. begitu juga semasa menjalani praktikal yang mana guru bukan sahaja perlu bijak dalam penyampaian P&P kepada pelajar,namun guru juga perlu aplikasikan segala ilmu yang dipelajari ini dalam RPH harian mereka bagi menjadikan P&P yang disampaikan benar-benar memberi makna kepada pelajar.

REFLEKSI DARI ASPEK KOKURIKULUM


Dalam kokurikulum ini refleksi dapat dilihat dari aspek JERIS itu sendiri yang mana ianya selaras dengan falsafah pendidikan negara:

Jasmani:

kesihatan jasmani yang baik adalah menjadi tonggak untuk minda yang baik,justeru segala program sepanjang 10 bulan yang dijalankan terutamanya BIP di pangkor banyak membantu dalam pembentukan diri seorang serta sahsiah seoarang guru. yang mana dalam program ini pelajar bukan sahaja diuji dari segi ketahanan fizikal malah mental juga turut diuji. selain itu, pelajar perlu mempunyai ketahanan dari semua segi.

Emosi

untuk menghabiskan 10 bulan semasa menjalani DPLI di UKM memerlukan kekuatan emosi, yang mana untuk belajar dalam tempoh yang sangat singkat disamping perlu melakukan pelbagai tugasan memerlukan kestabilan emosi yang tinggi terutamanya kesabaran , yang mana setiap pelajar mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam setiap program yang dijalankan,tanpa kekuatan dan kestabilan emosi yang tinggi seorang guru itu akan menghadapi kesukaran jika menjadi guru sebenar nanti.
pengsian pelbagai program yang memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa,tenaga dan wang ringgit adalah sangat berbaloi dan berguna ketika menghadapi praktikal selama 3bulan di sekolah.

Rohani:

pengisian dalaman juga adalah penting dan menjadi benteng kepada seorang guru agar tidak menjadi alpa dan leka dalam melaksanakn tugasan yang diberikan. Program seperti khatam Al-Quran,PDK dan rekreasi dalam kamuniti banyak membantu peningkatan unsur rohani dalam diri setiap pelajar DPLI,yang mana program ini memberikan kita kesedaran dan keinsafan sebagai kahlifah dimuka bumi ALLAH di samping dapat meningkatkan kesyukuran kita diatas setiap nikmat yang dikurniakan.

Intelek:

Ilmu adalah menjadi nadi utama seorang guru, justeru sepanjang 10 bulan ini setiap proram yang diadakan perkongsian ilmu itu sentiasa di titikberatkan, dalam menjalani BIP perkongsian ilmu dari penringkat awal perancangan sehinggalah diakhir program tersebut setiap pelajar sentiasa bekerjasama dan berbincang sesama sendiri dan pensyarah-pensyarah untuk mengasilkan satu program yang benar-benar memberi input yang berguna dari aspek rohani, jasmani, emosi dan Intelek.

Sosial:

Program Rekreasi dalam kamunuti merupakan program terbesar sepanjang 10 bulan dalam DPLI UKM yang mana ianya program yang melibatkan pelajar perlu berurusan dengan pihak luar bagi memastikan kelanjaran dan kemantapan program yang dilaksanakan, interaksi sosial yang baik antara semua pihak adalah penting dalam setiap urusan yang dijalankan, malah ianya adalah sangat membantu ketika menjalankan praktikal disekolah, yang mana bakal-bakal guru ini tidak kekok untuk berurusan dengan pentadbir sekolah khususnya dan guru-guru lain amnya.



Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN : PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI(PENEMUAN) BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

I) TEORI-Lateral Thinking (de Bono)

Perkara utama dalam teori Lateral Thinking ialah terdapat banyak masalah yang memerlukan perspektif yang berbeza dalam menyelesaikan masalah.

De Bono mengenalpasti empat faktor kritis yang berkaitan dengan Lateral Thinking, iaitu:

  1. mengenalpasti idea-idea yang dominan dari persepsi sesuatu masalah.
  2. cara pencarian yang berbeza dalam memandang sesuatu perkara.
  3. pengawalan fikiran secara tenang
  4. menggunakan perubahan dalam menggalakkan idea yang baru.

Melihat kepada relevan yang tinggi dalam konsep kreativiti.

skop/aplikasi-Lateral Thinking diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah manusia. De Bono(1971a) membincangkan tentang pengaplikasian lateral thinking untuk pengurusan pembangunan dan De Bono (1971b) menyediakan minat dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Sesetengah daripada kerja ini di fokuskan di sekolah.

Prinsip- untuk mendapatkan perspektif yang berbeza dalam sesuatu masalah, cuba menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan menyarankan cara penyelesaian dalam yang berbeza.

Dalam mini kajian tindakan yang ingin kami jalankan ialah menggunakan teori lateral thinking, yang mana kajian kami menekankan konsep inkuiri (penemuan) oleh pelajar. yang mana dalam kajian ini mahukan seseorang pelajar itu berfikir diluar kotak fikiran, ini adalah sama seperti mana yang diketengahkan dalam teori ini.

2) Teori Pembelajaran Kognitif

- di asaskan oleh Jean Piaget yang berasal dari Switzelang iaitu seorang ahki psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan.

-daripada kajian dan pemerhatian beliau, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan hidup mereka.

-Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai :

i. peringkat deria motor (0-2 tahun)

ii. peringkat pra operasi (2-7 tahun)

iii. peringkat operasi konkrit ( 7-12 tahun)

iv. peringkat operasi formal (selaps 12 tahun)

-setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.

- teori pembelajaran kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep asas iaitu:

i. skema

ii. adaptasi

iii. asimilasi

iv. keseimbangan

v. akomodasi.

-mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pembelajaran hendaklah di susun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu.

-kesimpulannya, kedua-dua teori ini adalah melihat kepada skop atau fokus kajian iaitu pembelajaran secara inkuiri .


STRATEGI / KAEDAH

- strategi yang digunakan adalah berdasarkan atau melihat kepada cara atau teknik yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

i. berpusatkan guru- kuliah dan penerangan

ii. berpusatkan pelajar- mencipta sesuatu atau menjana idea.

iii. kaedah demontrasi- murid menerangkan atau mengembangkan idea.


PENDEKATAN

-pendekatan yang digunakan ialah pendekatan inkuiri atau penemuan.


II) STRATEGI

III) KAEDAH
kaedah yang digunakan ialah pendekatan inkuiri atau penemuan.

IV) KERANGKA TEORITIKAL


V) KERANGKA KONSEPTUAL

-kerangka konseptual dihuraikan berdasarkan kepada komponen atau konsep yang terdapat di dalam kerangka teoritikal, iaitu :

i. mengenalpasti masalah-sebelum kajian dijalankan, guru telah mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku kepada murid. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjahjuga boleh dijadikan asas untuk memulakan kajian. Satu lagi asas untuk memulakan kajian ialah keprihatinan penyelidik terhadap pelajar seperti yang berkaitan dengan masa depan mereka.

ii. strategi-mengikut kerangka teoritikal , komponen yang terdapat pada iailah kaedah dan teori yang digunakan.

a. teknik- teknik yang digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan data ialah teknik yang dijalankan semasa proses P&P iaitu demontrasi dan penerangan guru.demontrasi dalam kajian ini bermaksud semasa proses P&P, murid menerangkan tentang bahan maujud yang telah mereka gunakan semasa di dalam bilik darjah. manakala penerangan pula merupakan proses yang dijalankan oleh guru di awal dan di akhir proses P&P.

b. kaedah- kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah kaedah penemuan atau inkuiri, di mana murid sendiri yang akan mencari atau meneroka pembelajaran berdasarkan bahan maujud yang diberikan oleh guru.

c. teori- teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Literal Thingking oleh De Bono dan Teori Pembelajaran Kognitif oleh Piaget.(penerangan seperti diatas)

d. metodologi- metodologi yang digunakan semasa kajian adalah berdasarkan Model Kemmis dan Mc Tagen.

iii. tindakan-tindakan akan dilakukan setelah strategi yang dirangka lengkap dan sesuai dengan masalah yang telah dikenalpasti.

iv. penilaian- pada peringkat penilaian, pengkaji akan menilai atau menganalisis data yang diperolehi dengan melihat kepada objektif dan persoalan kajian.

v. refleksi- refleksi adalah melihat kepada keputusan yang telah diperolehi dalam proses analisis atau penilaian data.Data yang dianalisis memberikan gambaran yang jelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas kepada guru untuk merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai atau membuat penambahbaikan dalam aktiviti yang telah dijalankan.

vi. pengulangan- proses pengulangan ini dijalankan jika terdapat atau timbul masalah baru dikenalpasti hasil daripada atau ekoran daripada data kajian yang telah dijalankan. pengulangan juga bertujuan untuk penambahbaikan dan pemurniaan sesuatu kajian.

vii. perbincangan- perbincangan di sini bermaksud, apabila guru telah berjaya menyelasaikan atau mengatasi masalah yang dihadapi murid, maka satu perbincangan dengan guru lain akan dilakukan yang bertujuan untuk mengembangkan kajian secara profesional.perkembangan ini boleh dilakukan secara merencanakan melaui jurnal atau artikel.


VI KERANGKA OPERASIONAL KAJIAN

AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 - ULASAN JURNAL

Jurnal 1 :Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

i) Penyataan masalah dalam kajian
  1. Proses pembentukan kumpulan
  2. Tanggapan dari rakan sekumpulan
  3. Penyelarasan aktiviti tugasan antara kumpulan
ii) Pengkaji melaporkan penyataan masalah dengan cara
  • pengumplan data dibuat dalam tempoh 16 minggu dari awal hingga akhir semester, untuk mengetahui apa kekuatan dan kelemahan pelajar yang dibawa dalam kumpulan dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kerja secara kumpulan pengumpulan data adalah secara soal selidik melalui solalan-soalan berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kumpulan.

Jurnal 2 :A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting A blind Student.

i) Penyataan Masalah.
  • inklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam kelas pelajar tipical yang lain dengan mengikuti sesi p&p yang sama dengan pelajar lain.
ii) Pengkaji melaporkan penyataan masalah dengan cara :
  • pengumpulan data adalah selama 6 bulan yang mana data dikumpul melalui interview yang dilakukan ke atas guru besar, guru kelas, guru yang membantu dalam kelas dan nafeli sendiri. data juga turut dikumpul melalui pemerhatian yang cara pembelajaran nafeli didalam kelas tersebut.
Jurnal 3 :



AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 - ULASAN BUKU

Mengenal pasti masalah kajian tindakan

dalam buku ini pengkaji melakukan beberapa perkara dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan.
  1. pensyarah pada awalnya( permulaan semester) mengenalpasti personal, motivasi dan keperluan sosial pelajar serta menyediakan persekitaran sokongan melalui bengkel perbincangan.
  2. membincangkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalankan kajian dalam bengkel tersebut.
  3. meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pelbagai pendekatan epistimologi dan method kajian dalam "problem and method of research" yang mana lebih menekankan perbincangan dan tidak melalui syarahan
  4. membantu pelajar membina kajian yang berkesan melalui "learning conversation"
yang mana fokus pensyarah pada masa ini ialah menumpukan proses research yang dilakukan oleh pelajarnya. dari sinilah pensyarah mengenalpasti masalah kajian tindakan tersebut yang mana dia cuba untuk mengatasi masalah yang ditemui itu dengan cara meningkatkan latihan dalam pengajian tinggi ini yang mana pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan perlulah lebih bermakna yang mana ianya akan dapat diaplikasikan dalam satu-satu situasi baru nanti.

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9 : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

MATLAMAT

Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar

OBJEKTIF:
  1. Menggalakan pelajar aktif berfikir dan memberikan idea-idea yang bernas berdasarkan penerokaan mereka

  2. Menggalakan pembelajaran secara "think pair share"

  3. Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar dalam proses P&P
BENTUK SOALAN KAJIAN

Bagaimana proses mini kajian tindakan ini dijalankan.
  1. Kenalpasti masalah yang ditemui dalam pengajaran makroteaching yang dijalankan.
  2. kemudian kemukakan teknik atau kaedah yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah yang tersebut.
  3. aplikasikan penyelesaian yang ditemui untuk atasi masalah tersebut
  4. lakuakan refleksi atau penilaian terhadap apa yang telah dilakukan.
  5. proses ini akan berterusan sehingga penyelesaian terbaik ditemui untuk mengtasi masalah yang timbul.
ADAKAH..(PENILAIAN PROSES/PRODUK)

AKTIVITI 8 :TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Huraian dan cadangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.

i) Cadangan secara individu

Guru perlu lebih banyak menjalankan aktiviti pengajaran dengan memberi lebih peluang kepada pelajar untuk kembangkan idea mereka dan menerima idea pelajar yang bernas.
maksudnya di sini apabila guru membuat pengajaran secara inkuiri guru memberi peluang kepada pelajar untuk kembangkan idea mereka sendiri dengan mengalakan pelajar explore sesuatu perkara itu tanpa hanya mengikut idea yang dikemukakan oleh guru sahaja. walaupun mungkin apa yang akan disampaikan oleh pelajar itu tidak semuanya benar sekurang-kurangnya mereka akan belajar dari kesilapan. kebiasaanya pembelajaran dengan cara ini adalah lebih berkesan dan akan diingati oleh pelajar sampai bila-bila.


ii) Cadangan secara berpasukan

Guru perlu pelbagaikan teknik mengajar kepada pelajar dan lebihkan pengajaran secara 2 hala yang mana ada interaksi antara guru dan pelajar serta pelajar dengan rakan sebaya yang lain. lebih tekankan pembelajaran secara penerokaan supaya pelajar lebih aktif dalam kelas serta secara tidak langsung guru dapat mencungkil potensi-potensi pelajar yang kadangkala mereka sendiri tidak katahui.


iii) Cadangan dari kumpulan lain

iv) Literature review

AKTIVITI 7 : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

i)Kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan pengalaman/refleksi individu :

  • guru kurang menggalakkan pelajar kembangkan idea mereka, sebaliknya guru lebih tertumpu pengajaran kepada menyalin nota dan membaca apa yang telah sedia ada dalam buku teks. yang mana pembelajaran lebih banyak kepada teacher centred. ini menyebabkan pelajar lebih banyak menghafal dari memahami apa yang diajar oleh guru. (perdagangan).
  • dalam subjek sains pula guru juga banyak menerangkan apa yang telah sedia ada dalam buku teks dan membuat latihan kurang aktivtiti ujikaji dan inquiri yang dijalankan. yang mana pembelajaran hanya berlaku dalam bilik darjah sahaja. makmal kurang digunakan untuk pengajaran subjek ini
  • subjek BM pula kelemahan pengajarannya ialah guru banyak meminta pelajar membaca dan menyalin nota serta membuat latihan-latihan karangan. kurang aktiviti 2 hala antara guru dan pelajar.

ii) Kelemahan pengajaran subjek berdasarkan pengalaman/refleksi kumpulan:

  • kebanyakan subjek-subjek ini lebih menekankan teacher centred yang mana pelajar hanya terima bulat-bulat apa yang diberi oleh guru dan menghafal apa yang diberi oleh guru tersebut apabila peperiksaan. pelajar hanya hafal tanpa memahami kandungan sebenar pengajaran subjek berkenaa.

iii) Kelemahan pengajaran subjek berdasrkan pengalaman/refleksi kumpulan lain

  • guru terlalu bergantung kepada silibus yang ada, yang mana guru-guru hanya lebih banyak mengajar secara sehala tanpa ada aktiviti bersama murid untuk memastikan silibus dapat dihabiskan. kerana kebanyakan guru mengajar adalah berorentasikan peperiksaan, disebabkan kekangan masa yang ada guru-guru lebih banyak memberikan nota secara bulat-bulat kepada pelajar tanpa cuba untuk explore minda pelajar mereka.