Thursday, May 20, 2010

REFLEKSI 10 BULAN PROGRAM DPLI UKM

REFLEKSI DARI ASPEK KURIKULUM:

Pembelajaran subjek-subjek seperti psikologi pendidikan, falsafah, kaedah mengajar , kajian tindakan,pengurusan kokurikulum dan lain-lain lagi sememangnya ilmu asas yang penting sebagai seorang guru baru, yang mana ianya dapat menjadi rujukan asas oleh guru untuk diaplikasikan dalam dunia sebenar seorang guru. walaupun pembelajaran ilmu-ilmu tersebut adalah secara terpisah-pisah namun ianya adalah amat berkaitan dan saling bergantungan antara satu sama lain,yang mana guru perlu menjadi seorang yang bijak dalam mengintegrasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari. salah satu pengintegrasian ilmu dalam subjek yang telah dipelajari ialah dalam membuat kajian tindakan, yang mana di sini guru-guru perlu integrasikan ilmu dari subjek ICT, Kaedah mengajar, Psikologi pendidikan dan subjek kaedah mengajar itu sendiri untuk menghasilkan satu kajian tindakan yang baik. begitu juga semasa menjalani praktikal yang mana guru bukan sahaja perlu bijak dalam penyampaian P&P kepada pelajar,namun guru juga perlu aplikasikan segala ilmu yang dipelajari ini dalam RPH harian mereka bagi menjadikan P&P yang disampaikan benar-benar memberi makna kepada pelajar.

REFLEKSI DARI ASPEK KOKURIKULUM


Dalam kokurikulum ini refleksi dapat dilihat dari aspek JERIS itu sendiri yang mana ianya selaras dengan falsafah pendidikan negara:

Jasmani:

kesihatan jasmani yang baik adalah menjadi tonggak untuk minda yang baik,justeru segala program sepanjang 10 bulan yang dijalankan terutamanya BIP di pangkor banyak membantu dalam pembentukan diri seorang serta sahsiah seoarang guru. yang mana dalam program ini pelajar bukan sahaja diuji dari segi ketahanan fizikal malah mental juga turut diuji. selain itu, pelajar perlu mempunyai ketahanan dari semua segi.

Emosi

untuk menghabiskan 10 bulan semasa menjalani DPLI di UKM memerlukan kekuatan emosi, yang mana untuk belajar dalam tempoh yang sangat singkat disamping perlu melakukan pelbagai tugasan memerlukan kestabilan emosi yang tinggi terutamanya kesabaran , yang mana setiap pelajar mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam setiap program yang dijalankan,tanpa kekuatan dan kestabilan emosi yang tinggi seorang guru itu akan menghadapi kesukaran jika menjadi guru sebenar nanti.
pengsian pelbagai program yang memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa,tenaga dan wang ringgit adalah sangat berbaloi dan berguna ketika menghadapi praktikal selama 3bulan di sekolah.

Rohani:

pengisian dalaman juga adalah penting dan menjadi benteng kepada seorang guru agar tidak menjadi alpa dan leka dalam melaksanakn tugasan yang diberikan. Program seperti khatam Al-Quran,PDK dan rekreasi dalam kamuniti banyak membantu peningkatan unsur rohani dalam diri setiap pelajar DPLI,yang mana program ini memberikan kita kesedaran dan keinsafan sebagai kahlifah dimuka bumi ALLAH di samping dapat meningkatkan kesyukuran kita diatas setiap nikmat yang dikurniakan.

Intelek:

Ilmu adalah menjadi nadi utama seorang guru, justeru sepanjang 10 bulan ini setiap proram yang diadakan perkongsian ilmu itu sentiasa di titikberatkan, dalam menjalani BIP perkongsian ilmu dari penringkat awal perancangan sehinggalah diakhir program tersebut setiap pelajar sentiasa bekerjasama dan berbincang sesama sendiri dan pensyarah-pensyarah untuk mengasilkan satu program yang benar-benar memberi input yang berguna dari aspek rohani, jasmani, emosi dan Intelek.

Sosial:

Program Rekreasi dalam kamunuti merupakan program terbesar sepanjang 10 bulan dalam DPLI UKM yang mana ianya program yang melibatkan pelajar perlu berurusan dengan pihak luar bagi memastikan kelanjaran dan kemantapan program yang dilaksanakan, interaksi sosial yang baik antara semua pihak adalah penting dalam setiap urusan yang dijalankan, malah ianya adalah sangat membantu ketika menjalankan praktikal disekolah, yang mana bakal-bakal guru ini tidak kekok untuk berurusan dengan pentadbir sekolah khususnya dan guru-guru lain amnya.