Tajuk 1 : Meningkatkan Minat Dan Prestasi Pelajar Dalam Subjek Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Teknik Pembelajaran Kooperatif.
Pernyataan Masalah
- Adakah teknik kooperatif mampu tingkatkan minat pelajar dalam subjek biologi
- Adakah teknik kooperatif ini sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
- Method-yang digunakan ialah method Kemmis & Mc Taggart 1998 (method ini meliputi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi).
- Kajian tindakan: guru memberikan artikal kepada setiap kumpulan, kemudian pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan( Think-Group-Share). antaranya pelajar perlu mencari definisi, proses yang terlibat, kesan dan juga penyelesaian masalah. kemudian pelajar membentuk peta minda dan membentangkan dihadapan rakan-rakan yang lain.
- sample kajian- melibatkan 30 orang pelajar biologi tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Puchong, yang terdiri dari 24 Cina, 4 Melayu dan 2 India.
- setting kajian dijalankan dalam bilik darjah.
- pengumpulan data secara kualitatif ( melalui soal selidik, rakaman video, temu bual dan komen penyelia)
- pengumpulan data secara kuantitatif (peta minda, ujian bertulis)
- Teknik Think-Group-Share ini mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Biologi dalam suasana yang lebih seronok.
- Teknik ini juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam sesuatu topik.
- Pelajar juga kelihatan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
- dapat mengetahui langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan dalam menjalankan kajian tindakan
- tahu bagaimana untuk mengumpul data dan menentukan sample terhadap kajian yang ingin dijalankan.
komen kajian tindakan yang dilakukan.
Tajuk terlalu panjang dan perlu diperbaiki, kerana tidak perlu ada perkataan meningkatkan. kajian tindakan sememangnya bertujuan untuk meningkatkan dan membuat penambahbaikan. tajuk tersebut boleh diringkas kepada : pembelajaran secara kooperatif dalam subjek biologi tingkatan 4. Namun ini adalah kajian tindakan kerana kajian yan dilakukanya mempunyai penyataan masalah, method, sampel, setting kajian pengumpulan dan penganalisian data.
Tajuk terlalu panjang dan perlu diperbaiki, kerana tidak perlu ada perkataan meningkatkan. kajian tindakan sememangnya bertujuan untuk meningkatkan dan membuat penambahbaikan. tajuk tersebut boleh diringkas kepada : pembelajaran secara kooperatif dalam subjek biologi tingkatan 4. Namun ini adalah kajian tindakan kerana kajian yan dilakukanya mempunyai penyataan masalah, method, sampel, setting kajian pengumpulan dan penganalisian data.
Tajuk 2: Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah "Verbal Repeatition" Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran.
Pernyataan Masalah
- Adakah kadah "verbal repeatition ini mampu untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secra lisan dalam P&P
- Adakah pelajar bermasalah pendengaran mampu untuk menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah "Verbal Repeatition
- Method-menggunakan model lingkaran Kemmis & Mc Taggart 1998 (meliputi perancangan, tindakan, refleksi dan penilaian).
- setting kajian-Bulan 1 (guru mengajar pelajar untuk sebut sesuatu perkataan, ajar juga sebut perkataan secara berlagu dan ajar secara beramai-ramai)secara berulang-ulang bulan 2 (guru menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan, pelajar dengar dengan tepat, guru sebut berulang-ulang dan minta pelajar sebut semula perkataan tersebut) bulan 3 (pelajar boleh sebut sesuatu perkataan itu dihadapan kelas walaupun kurang jelas)
- sample-melibatkan 19 orang pelajar yang meliputi tingkatan 1, 2 dan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Yaakob.
- setting kajian ini dijalankan dalam bilik darjah
- Pengumpulan- data diperolehi dari rakaman video, temubual, diari dan pemerhatian.
- penganalisian data- Rakaman Video ( pada awalnya pelajar berasa kurang yakin untuk berkomunikasi dan meyebut istilah perkataan, tetapi pada kitaran ketiga pelajar menunjukan keyakinan dan berani tampil di hadapan kelas. Temubual (sesetengah pelajar sukar untuk menyebut beberapa perkataan konsonan kerana kurang diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar). Pemerhatian (pelajar semakin yakin untuk berkomunikasi secara lisan dan berani tampil ke hadapan serta ada sikap bantu membantu antara mereka)
- Kaedah yang dignakan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
- Pelajar berpeluang memperbetulkan istilah-istilah yang agak sukar
- Guru berjaya membantu pelajar yang pasif menjadi aktif di dalam kelas
- Sesuatu kajian yang dibuat itu mestilah secara berterusan dan membuat penambahbaikan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan
- Sesuatu kajian itu memerlukan peracangan, perlaksanaan, serta penganalisian yang teliti bagi mendapatkan hasil dapatan kajian yang dibuat.
ini adalah kajian tindakan kerana namun tajuk yang dipilih terlalu panjang dan perlu diringkas sedikit, namun segala prosedur kajian yang dibuat adalah meliputi semua prosedur yang sepatutnya dalm kajian tindakan.
No comments:
Post a Comment