Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 6 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

kekuatan pengajaran subjek perdagangan/kemahiran hidup/bahasa melayu dan sains

i) Pengalaman secara individu :

berdasarkan pengalaman saya kekuatan subjek ini apabila guru memberikan tugasan secara kumpulan dan bentang tugasan yang diberikan tersebut di hadapan kelas. yang mana pelajar bersama-sama membincangkan tugasan yang diberi serta membina keyakinan dalam diri untuk membentang dihadapan kelas. selain itu ujikaji juga adalah kekuatan pengajaran subjek sains , kerana saya dapat melakukan sendiri dan lihat kesan yang terhasil dari ujikaji yang dilakukan tersebut.

ii) pengalaman secara pasukan:

Melalui kaedah perbincangan dan penyelidikan ini, guru dapat menjalankan pengajaran secara dua hala. Ini bermaksud tidak hanya guru memberi maklumat tetapi terdapat juga maklumat dan pendapat daripada pelajar.Ini dapat mengembangkan minda dan informasi atau kosa kata baru kepada pelajar khususnya dan kepada guru amnya.

iii) pengalaman kumpulan lain

kekuatan pengajaran guru pada masa kini ialah pembelajaran secara student centred yang mana guru tidak lagi hanya mengajar berpandukan buku teks serta menulis nota semata-mata di dalam kelas, sebalinya guru perlu kreatif dan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang membolehkan pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas serta adanya intraksi dua hala antara guru dan pelajar

iv) literatur review-buku dan jurnal

jurnal : Student-Centered Teaching Meets New Media: Concept and Case Study
penulis: Andreas Holzinger
Graz University Hospital, Institute for Medical Informatics, Statistics, and Documentation (IMI)
Engelgasse 13/1, A-8010 Graz, Austria.

Dalam jurnal ini bukti secara empirik menunjukan bahawa pelajar yang yang diberi kebebasan (explore) dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan dan sokongan dari guru bukan sahaja mencapai keputusan yang baik dalam akademik, malah meraka dapat membina sosial serta peribadi diri mereka. Dan dikatakan juga pengajaran secara student centred ini memerlukan gabungan komunikasi, organisasi dan bahan bantu dalam pengajaran. ini jelas menunjukan untuk mencapai pembelajaran secara student centred guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dalam bilik darjah yang meliputi aspek komunikasi dan juga bahan bantu mengajar yang digunakan.

AKTIVITI 4 : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk Mini Kajian Tindakan
pengajaran menggunakan kaedah inkuiri berdasarkan bahan maujud.

2. Sample kajian:

i- Pelajar Bahasa Melayu dalam kelas pendidikan Khas

ii-Pelajar sains dari kelas masalah pendengaran

iii-Pelajar kemahiran hidup/perdagangan dalam kelas aliran perdana


3. Setting kajian

kajian ini akan dilakukan di dalam bilik darjah



Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 1: TUGASAN 1 ULASAN BUKU


TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH IN HIGHER EDUCATION
AUTHOR: ORTRUN ZUBER-SKERRITT.

Apa itu kajian tindakan ?


Menurut buku ini kajian tindakan boleh disimpukan berdasarkan perkataan akronim CRAPS (critical, reflective, accountable. self-evaluating dan participative). yang mana pengkaji/pensyarah mengenal pasti masalah terlebih dahulu berdasarkan refleksi yang dilakukan dalam proses pengajaran yang dijalankan, kemudian pengkaji ini sendiri akan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang ditemui dan mempraktikkan apa yang telah ditemui tersebut untuk meningkatkan lagi pengajaran mereka. di sini pesyarah akan sentiasa melakukan refleksi terhadap pengajaran yang dilakukan untuk melakukan penambahbaikan terhadap masalah yang ditemui. secara ringkasnya buku ini menyatakan bahawa kajian tindakan ialah menyediakan penyelesaian yang praktikal terhadap masalah yang ditemui.

kenyataan dalam buku ini turut disokong oleh buku yang ditulis oleh Lin. S . Norten yang bertajuk : Action research in teaching & learning : a practical guide to conducting pedagogical research in university.

menurut buku ini,kajian tindakan merupakan self reflective yang dilakukan dalam situasi sosial untuk meningkatkan kewajaran dan keadilan mereka sendiri, pemahaman dan situasi dimana amalan itu dilakukan(carr & kemmis 1986)

Defenisi ini jelas menujukan bahawa kajian tindakan itu dilakukan dengan melakukan refleksi terlebih dahulu terhadap pengajaran yang telah dijalankan, kenal pasti masalah yang perlu diperbaiki, kemudian mencari penyelesaian dan mempraktikan cara yang ditemui itu untuk menambahbaik serta meningkatkan lagi mutu pengajaran mereka.




Ulasan Buku
View more presentations from ashieyda.









MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
  1. Model kemmis & McTaggart 1988
  2. Model Elliott
  3. Model Somekh 1989
  4. Model Ebbutt 1985
  5. Model Mckennan 1994
  6. Model Stringer 2004
Model Kemmiss & McTaggart

Medel Elliott



Model Ebbutt

Model Mckennan


Model Stringer



BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DIJALANKAN
  1. Mengenalpasti masalah dalam kokurikulum
  2. Mencari strategi penyelesaian bagi masalah yang ditemui
  3. Melakasanakan strategi penyelasaian yang ditemui
  4. Menilai strategi yang telah digunakan
  5. Membuat refleksi keputusan secara kumpulan
  6. Membuat kesimpulan/ ada masalah baru yang ditemui
  7. Jika ada masalah baru yang ditemui ulang semula step awal kajian ini, sehingga pengkaji berpuas hati dengan peningkatan yang diperolehi
  8. Membuat laporan dapatan yang mereka temui, laporan dalaman ke jawatankuasa program sekolah (School of Modern Asian Studies) kemudian jawatankuasa tersebut akan berbincang dan membuat keputusan sama akan ulang semual proses kajian yang dijalankan ataupun jika terjamin strategi atau ditulis sebagai kertas penyelidikan pertamanya akan dibentang dan dibincangkan dalam konferens dan kemudian disemak dan disumit sebagai jurnal untuk pengajian tinggi.
Atau dengan kata lainya pensyarah di Universiti ini akan mengikuti proseder kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis yang mana meliputi proses perancangan, tindakan, penilaian dan juga refleksi.

BAGAIMANA DATA DIANALISIS

Dalam buku ini kajian dibuat adalah kepada pelajar yang ingin membuat reseach dan juga penulisan ilmiah yang mana pensyarahnya cuba untuk mempertingkatkan kajian dan penulisan ilmiah pelajarnya dengan melakukan kajian tindakan.

Pengumpulan data untuk kajian ini adalah daripada bengkel yang dibuat oleh pensyarah tersebut, yang mana dalam bengkel ini pelbagai masalah tentang penulisan dan kajian serta cara membuat kajian dan penulisan ilmiah yang sebenarnya didedahkan kepada pelajar. yang mana data di kumpul berdasarkan
  1. Open-ended questioner kepada pelajarnya berkenaan bengkel tersebut
  2. temubual tidak berstruktur kepada pelajarnya selepas bengkel tersebut
  3. rakaman video.
Pensyarah menganalis data yang telah dikumpul ini berdasarkan tindakbalas pelajar terhadap bengkel yang dijalankan. yang mana data-data tersebut terlebih dahulu akan:
  1. Disemak, dibaca dan mendengar data-data yang dikumpul itu
  2. susunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan dan mengenalpasti data
  3. meneroka perhubungan antara data-data yang diperolehi
  4. membuat kesimpulan terhadap data yang diperolehi
  5. menulis laporan akhir berkenaan kajia yang dijalankan.
Analisis dari pengumpulan data yang diperolehi ini didapati bengkel ini berjaya memotivasikan serta meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar untuk membuat penulisan ilmiah dan juga kajian, yang mana tindak balas yang diperolehi dari pelajar juga mereka menyatakan bahawa program ini perlu diteruskan kepada pelajar-pelajar baru akan datang.

Kekuatan cara penganalisian data
  1. Data dikumpul dan diperolehi dari pihak yang terlibat dalam bengkel itu sendiri
  2. Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data kajian
  3. Pengkaji sendiri yang terlibat secara langsung dalam mengumpul, menganalisis dan penilaian dari data yang diperolehi.
Kelemahan
  1. pengkaji hanya bergantung kepada bengkel tersebut sahaja.





Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : TUGASAN 2 ULASAN JURNAL

ULASAN JURNAL 1

Tajuk Jurnal : Using Action Research To Teach students To manage team Learning and Improve Teamwork Satisfaction.

  • Kajian Tindakan : strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan skill/teknik dalam menguruskan pembelajaran secara kumpulan.
  • Masalah yang dijalankan kajian: 1) proses pembentukan kumpulan 2) Tanggapan dari rakan sekumpulan 3) penyelarasan aktiviti tugasan antara kumpulan
  • Sample kajian : 2 kumpulan pelajar dari bidang pengurusan ( kumpulan 1: 196 pelajar) dan (kumpulan 2 : 114 pelajar)
  • Setting kajian : Universiti
  • Pengumpulan data :pengumplan data dibuat dalam tempoh 16 minggu dari awal hingga akhir semester, untuk mengetahui apa kekuatan dan kelemahan pelajar yang dibawa dalam kumpulan dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kerja secara kumpulan pengumpulan data adalah secara soal selidik melalui solalan-soalan berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kumpulan.
  • Paparan kajian: dalam bentuk Jadual.

ULASAN JURNAL 2

Tajuk Jurnal : A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting A blind Student.

  • Kajian Tindakan :Projek menginklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam ke kelas pelajar tipical dengan menggunakan co-teaching sheme, yang mana tujuanya adalah untuk memberikan inklusif yang terbaik kepada pelajar cacat penglihatan melibatkan diri dalam aktiviti di kelas seperti pelajar tipical yang lain. untuk melaksanakan kajian tindakan ini 2 orang guru bekerjasama dalam memberikan pengajaran kepada Nafeli (sample). yang mana seorang guru mengajar dihadapan kelas dan seorang lagi guru yang pakar dalam braile akan duduk disebelah nafeli untuk membantunya, dan guru ini juga akan menyediakan bahan bantu mengajar yang khusus untuk Nafeli bagi membolehkanya menjalani p&p guru seperti biasa serta dapat melakukan tugasan-tugsan yang ada dalam buku teks.
  • Masalah yang dijalankan kajian: inklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam kelas pelajar tipical yang lain dengan mengikuti sesi p&p yang sama dengan pelajar lain.
  • Sample kajian: melibatkan seorang pelajar yang bernama Nafeli berumur 12 tahun 8 bulan.
  • Setting kajian: di sekolah
  • Pengumpulan Data: pengumpulan data adalah selama 6 bulan yang mana data dikumpul melalui interview yang dilakukan ke atas guru besar, guru kelas, guru yang membantu dalam kelas dan nafeli sendiri. data juga turut dikumpul melalui pemerhatian.
  • Model: kajian ini menggunakan model Kemmis & McTaggart yang mana ia melibatkan fasa perancangan dan pemerhatian, fasa refleksi dan replaning semula serta fasa perbincangan untuk mendapatkan keputusan dan membuat penilaian.
ULASAN JURNAL 3

Tuesday, October 27, 2009

AKTIVITI 3 : TUGASAN 3 - ULASAN KOLOKIUM

ULASAN LAPORAN KOLOKIUM DPLI JANUARI 2009

Tajuk 1 : Meningkatkan Minat Dan Prestasi Pelajar Dalam Subjek Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Teknik Pembelajaran Kooperati
f.


Pernyataan Masalah
  1. Adakah teknik kooperatif mampu tingkatkan minat pelajar dalam subjek biologi
  2. Adakah teknik kooperatif ini sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Methodologi, Setting kajian, Sample Kajian
  1. Method-yang digunakan ialah method Kemmis & Mc Taggart 1998 (method ini meliputi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi).
  2. Kajian tindakan: guru memberikan artikal kepada setiap kumpulan, kemudian pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan( Think-Group-Share). antaranya pelajar perlu mencari definisi, proses yang terlibat, kesan dan juga penyelesaian masalah. kemudian pelajar membentuk peta minda dan membentangkan dihadapan rakan-rakan yang lain.
  3. sample kajian- melibatkan 30 orang pelajar biologi tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Puchong, yang terdiri dari 24 Cina, 4 Melayu dan 2 India.
  4. setting kajian dijalankan dalam bilik darjah.
Pengumpulan & Penganalisian Data

  1. pengumpulan data secara kualitatif ( melalui soal selidik, rakaman video, temu bual dan komen penyelia)
  2. pengumpulan data secara kuantitatif (peta minda, ujian bertulis)
Implikasi kajian
  1. Teknik Think-Group-Share ini mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Biologi dalam suasana yang lebih seronok.
  2. Teknik ini juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam sesuatu topik.
  3. Pelajar juga kelihatan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Apa yang dapat dipelajari dari kajian ini ialah:
  1. dapat mengetahui langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan dalam menjalankan kajian tindakan
  2. tahu bagaimana untuk mengumpul data dan menentukan sample terhadap kajian yang ingin dijalankan.

komen kajian tindakan yang dilakukan.

Tajuk terlalu panjang dan perlu diperbaiki, kerana tidak perlu ada perkataan meningkatkan. kajian tindakan sememangnya bertujuan untuk meningkatkan dan membuat penambahbaikan. tajuk tersebut boleh diringkas kepada : pembelajaran secara kooperatif dalam subjek biologi tingkatan 4. Namun ini adalah kajian tindakan kerana kajian yan dilakukanya mempunyai penyataan masalah, method, sampel, setting kajian pengumpulan dan penganalisian data.


Tajuk 2: Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah "Verbal Repeatition" Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran.


Pernyataan Masalah
  1. Adakah kadah "verbal repeatition ini mampu untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secra lisan dalam P&P
  2. Adakah pelajar bermasalah pendengaran mampu untuk menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah "Verbal Repeatition
Methodologi, Setting kajian, Sample Kajian
  1. Method-menggunakan model lingkaran Kemmis & Mc Taggart 1998 (meliputi perancangan, tindakan, refleksi dan penilaian).
  2. setting kajian-Bulan 1 (guru mengajar pelajar untuk sebut sesuatu perkataan, ajar juga sebut perkataan secara berlagu dan ajar secara beramai-ramai)secara berulang-ulang bulan 2 (guru menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan, pelajar dengar dengan tepat, guru sebut berulang-ulang dan minta pelajar sebut semula perkataan tersebut) bulan 3 (pelajar boleh sebut sesuatu perkataan itu dihadapan kelas walaupun kurang jelas)
  3. sample-melibatkan 19 orang pelajar yang meliputi tingkatan 1, 2 dan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Yaakob.
  4. setting kajian ini dijalankan dalam bilik darjah

Pengumpulan & Penganalisian Data
  1. Pengumpulan- data diperolehi dari rakaman video, temubual, diari dan pemerhatian.
  2. penganalisian data- Rakaman Video ( pada awalnya pelajar berasa kurang yakin untuk berkomunikasi dan meyebut istilah perkataan, tetapi pada kitaran ketiga pelajar menunjukan keyakinan dan berani tampil di hadapan kelas. Temubual (sesetengah pelajar sukar untuk menyebut beberapa perkataan konsonan kerana kurang diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar). Pemerhatian (pelajar semakin yakin untuk berkomunikasi secara lisan dan berani tampil ke hadapan serta ada sikap bantu membantu antara mereka)
Implikasi kajian
  1. Kaedah yang dignakan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
  2. Pelajar berpeluang memperbetulkan istilah-istilah yang agak sukar
  3. Guru berjaya membantu pelajar yang pasif menjadi aktif di dalam kelas
Apa yang dapat dipelajari dari kajian ini ialah
  1. Sesuatu kajian yang dibuat itu mestilah secara berterusan dan membuat penambahbaikan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan
  2. Sesuatu kajian itu memerlukan peracangan, perlaksanaan, serta penganalisian yang teliti bagi mendapatkan hasil dapatan kajian yang dibuat.
Komen kajian tindakan yang dilakukan.

ini adalah kajian tindakan kerana namun tajuk yang dipilih terlalu panjang dan perlu diringkas sedikit, namun segala prosedur kajian yang dibuat adalah meliputi semua prosedur yang sepatutnya dalm kajian tindakan.


Monday, October 26, 2009

AKTIVITI 5 : TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

I) GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN KERANA ?
  1. untuk menjadikan profesion perguruan lebih menarik
  2. untuk menjadikan guru lebih kreatif, inovatif, versetail dan holistik
  3. untuk melakukan penambahbaikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada
  4. untuk menjadikan guru lebih prihatin terhadap permasalahan yang berlaku disekitarnya
  5. untuk membolehkan guru mengenalpasti masalah, punca dan cara mengatasinya
  6. supaya guru-guru sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk mencari kaedah yang terbaik dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar
  7. untuk membolehkan guru mengembangkan pengetahuan mereka yang sedia ada
  8. sebagai tanggungjawab kepada pelajar khusunya dan kepada masyarakat amnya
  9. untuk meningkatkan ilmu kemahiran menyelidik dalam diri seorang guru
  10. untuk menjadikan pendidikan sepanjang hayat.
II) PASUKAN : GURU NOVIS PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN KERANA
  1. Untuk mengetahui bagaimana untuk menguruskan kelas.
  2. Untuk mengetahui tingkah laku pelajar.
  3. Untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. Langkah pertama untuk mengenali pelajar dari segi sosial, kepercayaan dan masyarakat sekeliling.
  5. Untuk meningkatkan kemampuan guru dalam menganalisis tentang apa yang telah mereka praktikan.
  6. Permulaan untuk meluaskan kerjaya dan prosedur sebagai seorang guru.
  7. Untuk meningkatkan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran.
  8. Menggalakkan perubahan positif dan menjadikan guru sebagai agen perubahan.

III) SEBAB MEMILIH TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN INI

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI (PENEMUAN) BERASASKAN BAHAN MAUJUD.

  1. Untuk menjana minda pelajar
  2. Untuk mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar
  3. Untuk menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif
  4. Untuk menggalakan pelajar berfikir diluar kotak fikiran
  5. Untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik kepada pelajar
  6. Membolehkan apa yang dipelajari disimpan dalam long term memori.